Jumaat, 1 Julai 2011

130 keping Dirham Kelantan untuk diedarkan.







Saya ada 130 keping Dirham Kelantan untuk diedarkan.Terdapat dlm tu 1 keping 10 Dirham dan 5 keping 2 Dirham.Sesiapa yang berminat sila hubungi saya di talian 014 5459761 atau 012 9388354.Harga kalau dlm fiat rm29.50 utk satu Dirham

Jumaat, 3 Jun 2011

Soal Jawab Lazim Untuk Dinar & Dirham Kelantan 1431 v1.0

Soal Jawab Lazim Untuk Dinar & Dirham Kelantan 1431 v1.0

by Mazli Alias on Tuesday, 17 August 2010 at 17:30
FAQ for Dinar Kelantan 1431 ver. 1.0


Apakah itu Dinar Kelantan?
Dinar Kelantan adalah koin emas syariah yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Dinar Kelantan mula diperkenalkan pada September 2006 dengan dominasi  ¼, ½ dan 1 dinar.Nilai semasa untuk dominasi-dominasi tersebut ialah RM99.38, RM176.76 dan RM332.25. Sempena menyambut ulang tahun hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang ke-57; dinar Kelantan berdenominasi 2 dinar telah diperkenalkan pada Julai 2007.

Pada 12Ogos 2010, Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan koin-koin Dinar Kelantan dengancorak yang baru dalam dominasi   ½ , 1, 2, 5 dan 8 dinar dengan harga semasa RM290.50, RM581, RM1162, RM2905 dan RM4648 masing-masing.

Apakah itu Dirham Kelantan?
Dirham Kelantan ialah koin perak syariah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ianya mula diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 dalam dominasi 1, 2, 5, 10 dan 20 dengan harga semasa RM13, RM26, RM65, RM130 dan RM260 masing-masing.

Apakah Kegunaan Dinardan Dirham Kelantan?
Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk menyempurnakan ibadah zakat, bayaran mas kahwin, simpanan dan  hadiah. Ianya juga boleh berfungsi sebagai medium pertukaran sukarela untuk barangan atau pun perkhidmatan.

Dimanakah bolehdiperolehi koin Dinar dan Dirham Kelantan?
Sila rujuk laman web ini http://www.dinarkel.comuntuk/ maklumat lanjut.

Dimanakah Dinar danDirham Kelantan boleh dibelanjakan?
Sila rujuk laman web ini http://www.dinarkel.comuntuk/ maklumat lanjut atau lihat pedagang yang mempamerkan logo "Kami Terima Dinar dan Dirham".

Apa kaitan Dinar danDirham Kelantan sebagai matawang Syariah?
Dinar dan Dirham Kelantan dikatakan matawang syariah kerana ianya halal menurut syarak. Dinar dan Dirham Kelantan menggunakan Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab. Piawaian ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagai berat 7 koin 1 dinar bersamaan dengan berat 10 koin 1 dirham. Secara amnya berat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%); manakala 1 koin dirham bersamaan 2.975g perak tulen.

Benarkah perkataan Dinar& Dirham ada di dalam Al Quran?
Perkataan dinar dan dirham disebut didalam Al-Quran pada:
Surah Imran (3):75 yang bermaksud "Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi", dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).";
Surah Yusuf (12):20 yang berbunyi "Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya dan merekaadalah orang-orang yang tidak menghargainya."

Bolehkah  Kalimah Syahadah digunakan pada Dinar danDirham?
Boleh. Kalimah syahadah telah mula digunakan semenjak dinar mula-mula ditempa oleh Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan pada 120H. Dengan menempa kalimah tersebut melambangkan syiar Islam dan deklarasi iman dalam setiap keping dinar dan dirham. Lihat http://www.facebook.com/album.php?aid=2060644&id=1603841846

Berikan contoh penggunaan dinar dan dirham di zaman Rasul s.a.w?
Contoh penggunaan dinar oleh Rasul s.a.w.
Hadits daripada Urwah bin Abi Al-Ja'd Al-Bariqi, beliau berkata: "Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam memberinya satu dinar untuk membeli seekor kambing, lalu ia membeli untuk Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam dua kambing dengan wang tersebut. Maka ia jual seekor dengan harga satu dinar dan membawa satu ekor kambing dan satu dinar kepada Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam. Lalu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam mendoakannya: "Dia (Urwah ini), seandainya membeli debu tentu akan untung juga" (HR. Abu Dawud (2810) dan At-Tirmidzi (1/287))

Contoh penggunaan dirham oleh Rasul s.a.w.
Abu Salamah menceritakan, "Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA, "Berapakah mahar Nabi SAW untuk para isterinya?" Aisyah menjawab, "Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy." Lalu Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?" Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Empat puluh dirham." Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu nasy itu? "Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Dua puluh dirham." (HR. Muslim).

Berikan contoh kaitan dinar dan dirham dengan Hukum Syarak?
Contoh dari segi zakat ialah nisab atau ukuran zakat ialah ½dinar bagi setiap 20 dinar dan 5 dirham bagi setiap 200 dirham;  yang cukup haulnya. Manakala hudud dijalankan dalam kes kecurian yang nilainya melebihi ¼  dinar.

Apakah kaitan Pemerintah dengan Dinar dan Dirham?
Dinar dan dirham berkait rapat dengan kerajaan. Ini diperhatikan dalam Surah An-Nisa: 59: "Wahai orang yang beriman! Patuhlah kepada Allah dan patuhlah kepada Pesuruh Allah dan mereka yang memerintah kamu." (An-Nisa (3):59)

Menurut Al-Qurtubi dalam Tafsir Al-Quran beliau, ayat tersebut merupakan perintah supaya umat Islam taat kepada pemerintah dalam tujuh perkara. Perkara pertama ialah penempaan dinar dan dirham; dan enam yang lainnya ialah penetapan berat dan ukuran, keputusan mahkamah, haji, Jumu'ah, dua Hari Raya dan Jihad. Dalam kata lain, urusan dinar ialah urusan agama Islam dan kedaulatan daulah Islam. Penggunaan dinar melambangkan kepatuhan kepada perintah Allah; bukan semata-mata urusan ekonomi.

Apakah Dinar Dan Dirham Kelantan sahaja yang boleh dijadikan matawang?
Tidak semestinya. Di sepanjang sejarah manusia terdapat pelbagai komoditi yang digunakan sebagai wang. Komoditi di atas termasuklah binatang ternak, bijirin, manik-manik, cengkerang, rokok, tembaga dan timah. Emas dan perak telah terpilih sejak berzaman sebagai matawang kerana mempunyaiciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagi, mudah dibawa, diterima khalayak ramai dan tidak mudah dimusnahkan. Imam Malik di dalam Kitab Al-Muwatta menjelaskan bahawa wang ialah apa-apa komoditi yang lazimnya diterima pakai sebagai bahan pertukaran.

Adakah Koin Kijang Emas sama dengan Dinar Kelantan?
Tidak sama. Spesifikasinya berbeza daripada Dinar Kelantan.Kijang Emas ialah koin emas seberat ¼, ½ dan 1 troy ounce yang dilancarkan Bank Negara Malaysia sekitar Julai 2001. 1 troy ounce adalah bersamaan 31.1 g;1 Dinar Kelantan pula 4.25g.

Benarkah wang kertas seperti dolar Amerika, Yen Jepun dan ringgit Malaysia 100% disandarkan dan boleh disaling-tukar dengan emas?
Tidak benar. Berdasarkan sistem kewangan dunia kini, tiada satu pun mata wang nasional yang bersandarkan emas. Wang kertas hanya boleh ditukar dengan wang kertas yang lain. Sebagai contoh; jika seseorang ke bank pusat seperti Bank Negara Malaysia untuk menukarkan sekeping wang $100, beliau akan diberikan SAMA ADA 2 keping wang $50 ATAU 10 keping wang $10; ATAU 100 keping wang $1 tetapi tidak sama sekali ditukarkan dengan emas.

Adakah Dinar Kelantan sejenis Wang Fiat?
Dinar Kelantan bukan wang fiat, ianya alat tukar sukarela . Wang fiat adalah wang yang nilainya dikuatkuasakan oleh undang-undang negara. Wang fiat menjadi wang sah melalui perintah atau paksaan kerajaan. Wang fiat diperakukan sebagai medium melangsaikan hutang melalui undang-undang. Jika pemiutang tidak mahu menerima wang fiat sebagai bayaran melangsaikan hutang, beliau boleh dibawa ke mahkamah! Wang fiat merupakan nota janji kerajaan. Wang fiat sesuatu negara tidak menjadi wang sah di luar sempadannya kerana undang-undang sesebuah negara hanya berlaku di dalam sempadan nagara itu sahaja.Dinar Kelantan boleh diterima di mana saja, asal saja ada kesudian pembeli dan penjual.

Dinar Kelantan ialah koin emas, bukankah Ringgit disandarkan kepada emas?
Sandaran kepada "wang kertas BNM" atau lebih dikenali sebagai Ringgit  adalah wang kertas yang lain; seperti Dollar Amerika, Yen Jepun, Euro dan seumpamanya. Emas cuma merupakan sebahagian kecil daripada rizab BNM, sekitar 1.5% (Cuma RM1.452 bilion daripada RM94.772 bilion; setakat 30 Jun 2010). Rujuk http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=293

Mengapa perlu umat Islam beralih daripada wang kertas atau wang fiat kepada koin dinar seperti Dinar dan dirham Kelantan?
Mengapa tidak? Penggunaan dinar serta dirham adalah antara sunnah Rasul s.a.w. Selain daripada berpeluang mengikuti jejak langkah baginda,umat Islam dapat disatukan melalui penggunaan dinar yang tidak mengenal sempadan. Corak tempaan dinar mungkin berbeza-beza tetapi berat dan ketulenannya adalah serupa di serata pelusuk daulah Islamiah. Satu Dinar, Satu Ummah.

Muhamad Mazli Alias. Ramadhan 1431.

Isnin, 23 Mei 2011

Syiling Bunga Raya 999.9 seberat 10gram

Berminat membeli Syiling Emas 999.9 10gram Bunga Raya ?Hubungi 0145459761 atau 0129388354.Cepat2 stok terhad.Harga boleh dilihat di blog ini kat atas atau di www.masaituemas.com

Ahad, 6 Mac 2011

Memahami isu Sebenar Berat Dinar dan Dirham - 24 karat atau 22 karat atau 72 butir gandum/barli?

Memahami isu Sebenar Berat Dinar dan Dirham - 24 karat atau 22 karat atau 72 butir gandum/barli?


by Syazwan Madihah on Wednesday, 02 March 2011 at 04:46

Bismillahir rahmanir rahim.
Mudah-mudahan, apa yang dibincangkan disini memberikan kita lebih ruang untuk berbincang.

* saya merupakan seorang yang mempunyai dirham, pernah menyimpan dinar, pernah dan berusaha bermuamalah dengan dinar dirham, dan di antara pengedar dirham/perak/ dan dinar.
------------------------------------

Kita sedang melalui zaman, dimana, masyarakat muslim dan dunia semakin hari semakin sedar akan tuntutan Allah, yang kafir semakin cenderung kepada Islam.

Kit melihat masjid-masjid semakin dihidupkan, majlis-majlis ilmu dipenuhkan, ilmuan semakin dihormati.

Dan mutakhir ini, kita melihat dan menyaksikan umat islam kita kembali menghidupkan sunnah yang hampir pupus dalam muamalah, iaitu mengembalikan dinar dan dirham dalam sistem masyarakat , urusan muamalah sehari-hari.

Dalam perkembangan da merebaknya percetakan dinar dan dirham di nusantara ini (terutama Malaysia, Indonesia, dan Brunei). Kita melihat di sana punya pertembungan atau ketidaksamaan dalam berat dan ketulenan dinar.

Hari ini, kita melihat kepelbagaian jenis dinar yang telah berjaya dicetak dan berada di dalam masyarakat kita :

Dinar 24 karat ( 999)
    • Dinar Nabawi , Dinar Syari: 4.5 gram
    • Dinar GCP , Dinar Negeri Perak , Dinar Logam Mulia : 4.25 gram

Dinar 22 Karat (916 / 917)
  •  
    • Dinar kelantan , Dinar Muslim , Dinar Kedah, Dinar Darul Takzim, Dinar Darul Ehsan , Dinar Putra semuanya 4.25 gram


Dan dari pelbagai jenis dinar ini, masing-masing memberikan hujah masing-masing berkenaan isu berat dinar ini dan ketulenan.

Hari ini, kita cuba selami dari sudut sejarah dan dalil-dalil berkaitan berat sebenar Dinar dan Dirham yang sepatutnya di dalam masyarakat.


Bermulanya Sejarah

Pada permulaan islam, diakui, zaman Nabi, yang beredar di dalam masyarakat adalah Dinar dari Parsi dan Rom, yang tika itu adalah dua kuasa besar dunia yang diakui timur dan barat.

Maka di zaman Nabi Muhammad keselamatan dan kesejahteraan ke atas baginda, dan zaman khalifah Abu Bakar, tiada dinar yang yang dicetak sendiri oleh kerajaan Islam.

Tika zaman Umar, satu standard dinar telah ditetapkan bagi memudahkan umat Islam dalam membayar zakat, ini kerana, kerajaan Islam sudah semakin membesar dan melebar, sebahagian dari kerajaan Rom telah jatuh ke tangan umat Islam dan Kerajaan Parsi telah runtuh ke tangan tentera islam.

Penduduk Islam sudah semakin melebar dan meluas. Jika tiada standard yang khusus , masyaarakat akan sukar untuk mengeluarkan zakat harta mereka yang terdiri dari emas dan perak.

 Umar alKhattab selaku Khalifah Umat Islam, telah menetapkan :
''(berat) 7 dinar perlu bersamaan 10 dirham''

Kemudian, tika zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan, barulah kerajaan Islam mula mencetak sendiri Dinar dan Dirham, dan diukirkan padanya kalimah tauhid padanya, Tiada Tuhan Selain Allah, satu-satunya, tiada sekutu bagi-NYA.

Kemudian zaman berlalu, perkara dinar dirham ini memang sebati di dalam masyarakat Muslim.

Ibnu Khaldun menulis di dalam kitabnya Muqaddimah , dan Allamah Muhammad bin Abdurrahman
Addimasyhqi di dalam Fiqih 4 Mazhab menyatakan :

''…... Ketahuilah bahawa terdapat persetujuan umum (ijma) sejak permulaan islam dan masa Para Nabi dan Rasu, masa Nabi Muhammad, Khulafa’ur rasyidun, sahabat-sahabat serta tabiin, tabiit tabiin bahawa dirham yang sesuai syariah adalah yang sepuluh kepingnya seberat 7 mistqal (dinar) emas. Berat 1 mistqal emas adalah 72 butir gandum, sehingga dirham yang nilainya 7/10 setara dengan 50 dan 2/5 butir. Ijma telah menetapkan dengan tegas seluruh ukuran ini....''

<span>
أما وزنه بالحبوب:
فقد قدر أكثر الفقهاء وزن الدينار الشرعي بزنة اثنتين وسبعين حبة شعير متوسطة لم تقشر وقطع من طرفيها ما امتد</span>

Dari sini, ada poin penting.
1 – berat 10 dirham = 7 dinar
2 – 1 dinar = 1 mistqal = 72 biji barli dipotong hujungnya
3 – berat 1 dirham = 50.4 biji barli

Kita mengetahui bahawa berat 72 biji gandum itu boleh dihitung, tetapi bagaimanakah kita mengetahui secara dekat apakah itu mistqal?

Mistqal apabila dirujuk kepada Al-Maqrizii , ianya adalah 22 qirat (karat). (rujuk Ighatah Imam Al Maqirizi )

Maka, didapati berat sebenar dinar ,

1 dinar = 1 mistqal = 72 biji gandum = 22 qirat (karat)

Mengira berat Dinar.

1 – Beratnya perlu 1 mistqal atau 22 karat

Karat merupakan satu unit berat. Karat juga merupakan satu kiraan mengenai ketulenan emas.

Pertama : Jika ianya merujuk kepada unit berat, maka hari ini, yang diketahui umum, dalam perkiraan antarabngsa, 1 karat itu bersamaan 200 mg dan ada pendapat lain 1 karat bersamaan 198 mg.

Maka 22 karat x 200 = 4400 mg = 4.400 gram
atau 22 karat x 198  = 4356 mg = 4.356 gram

Kedua : jika maksud 1 dinar itu perlu punyai 1 mistqal emas atau 22 karat emas , maka , kita boleh buat simpulan awal. 4.400 gram itu adalah nilai emas yang ada di dalam dinar itu perlu 4.400 gram.

Berapa berat dinar?

Maka , berat dinar sepatutnya adalah :

4.400 g = 22/24 , maka

4.400 x 24/22 = 4.8 gram

Mengikut perkiraan pertama , kita bertemu dua kesimpulan awal untuk berat 1 dinar.

A – 4.356 gram atau 4.400 gram 1 dinar 24 karat,
      atau 4.356 gram atau 4.400 gram 1 dinar 22 karat

b – 4.752 gram 22 karat (mempunyai 4.356 gram emas)  atau
      4.8 gram 1 dinar 22 karat ( mempunyai 4.400 gram emas)



2 – Berat 72 butir gandum @ barli yang dipotong hujungnya


Satu kajian berat telah dibuat oleh pihak pengurusan Islamic Mint Nusantara (rujuk http://islamhariini.wordpress.com/, menggunakan gandum/barli yang sederhana besarnya, dan dipotong sedikit demi sedikit hujungnya.

Setiap kali dipotong, maka berat akan dihitung.
Sehinggalah hujungnya benar-benar tiada.

Ianya dilakukan secara berulang-ulang.

Didapati, berat minimum 72 butir gandum/barli yang boleh dicapai, hanyalah 4.377 gram , manakala berat maksimum mencecah 4.62025 gram.

Maka, setelah mengira sendiri dan membuat rujukan terhadap tulisan-tulisan khaazanah ulama terdahulu, pihak Islamic Mint Nusantara berpusat di Jakarta, telah berijtihad, untuk mencetak dinar dan dirham seperti berikut :

1 dinar = 4.4432 gram 24 karat
1 dirham = 3.1103 gram 99.99

 (apa yang menarik dan ruang yang didapati dari ijtihad dan fatwa mereka (IMN) ini, menjadikan semua syiling coin untuk 1 auns emas semua negara dunia yang dikeluarkan adalah bernilai 7 dinar dan 1 auns perak = 10 dirham )

Di manakah Isunya?

Kita ketahui, hari ini, dua buah Kerajaan negeri di Malaysia telah mengeluarkan Dinar masing-masing yang sama berat berbeza ketulenan.

Apa yang menjadi persoalan, adalah, ini merujuk kepada kerajaan Negeri Kelantan, Dinar yang dicetak oleh kerajaan negeri ini, adlaah mengikut spesifikasi WIM (World Islamic Mint) yang menggunakan 4.25 gram 22 karat bagi satu dinar.

Persoalan yang hadir adalah, WIM melalui tulisan Pengasasnya , Prof. Umar Vadillo :

''There is no place for ijtihad regarding the weight, the weight is the mithqal. But what is the mithqal? WIM says 4.25 gr. Since we could not measure 72 grains of barley accurately, we took our weight from non circulating original Dinars that are still preserved in museums. We took the best coins and average their weights. The result: 4.25 gr. ''

Bagi WIM, ijtihad yang dibuat, adalah berdasarkan kepada Dinar yang tersimpan di museum-museum, bukan berdasarkan kepada berat timbangan sendiri biji barli.

Bagi kami, ijtihad ini boleh jadi benar dan boleh jadi silap.

Kesilapan pertama bagi kami, mereka menyatakan bahawa kita tidak boleh menyukat/menimbang 72 biji barli secara tepat , sedangkan di dalam islam, semua aturan yang dibuat adalah dibawah kuasa manusia.

Kebijaksanaan kita manusia dalam menimbang dan mencari biji barli yang sesuai dan sederhana itulah yang dibawah kuasa kita.

Di dalam islam, tiada yang mustahil.

Ini kerana, bagi kami, ijtihad dibuat setelah semua usaha yang boleh dibuat sudah dilakukan, dan bertemu titik penghujung, iaitu membuat keputusan dari semua yang dilakukan. Dalil, hujah sejarah, nas. Semuanya dimasukkan ke dalam perhitungan, maka ijtihad dilakukan.

Professor Tariq Kahn mengulas isu ini :

ProfTariq Kahn: This is more correct in lieu of the weights and measures established in the early period (4.44gr 24K). The mithqal is the unit of weight not quantity. Thus a 22 carat, 4.25 gram gold coin need approx 22 dinars, not 20, in order to reach correct nisab. Most Abbasid, as well as early Ummayad coins before the AbdulMalik coin, was at 4.5, some even 4.6.grams of pure gold. Thus 20 dinar would easily achieve nisab. A modern coin at 22 carat based on AbdulMaliks coin simply dont suffice, and indicate the lack of proper research, lack of consultation, and oversights of history, when the entire matter is simply handed over to “divine intervention”........ '''

Mengapa kita Bertegas Isu berat Dinar ini?

Perbincangan kita yang ada hari ini, dan kebanyakan yang hadir di dalam internet, bukanlah perbincangan atau ingin menegakkan hujah siapa yang akan menang, tetapi hanyalah kerana kita ingin mendapatkan keredaan Allah dengan mengembalikan semula nilai dinar dirham ke dalam masyarakat dan melalui zakat yang akan dikeluarkan.

Dinar dan dirham ada kaitan dengan zakat dan hukum-hukum Allah, maka apabila beratnya dikurangi, tiang agama Islam yang keempat, tidak akan tertegak bahkan lagi, hukum-hukum Allah (hudud) akan menjadi pincang.

Islam itu berdiri dengan 5 perkara, apabila satunya tidak tertegak, bangunan Islam tidak akan bangun, kerana itu kita keluarkan isu ini untuk perbincangan.

Apabila kita bersungguh-sungguh untuk menegakkan semula agama Allah, maka Allah akan permudahkan jalan dan membantu kehidupan kita dunia akhirat.

Apabila dinar dan dirham dicetak dengan pelbagai jenis ketulenan dan berat ini  tanpa ada penyatuan di antara pihak-pihak yang mencetak, maka riba akan mudah mengalir di kalangan masyarakat.

Pertukaran dinar yang tidak sama jenis adalah riba yang nyata. Ini isu besar. penelitian perlu dibuat.

Saranan Kita?

Apa yang kita mahukan, hanyalah, kerajaan Negeri Perak dan Kelantan, melalui wakil mereka, yang kita ketahui, adalah ilmuwan yang unggul, menguji dan menimbang sendiri 72 biji barli ( حبة شعير ) , kemudian buatlah perbandingan yang sesuai dan berijtihadlah.

Kami rakyat akan mengikut .



 ------------------------------------------------------
 Tulisan ini tidak berniat memperlekehkan usaha-usaha yang telah dibuat , dinar-dinar yang telah dihasilkan.

Jika saya benar, berdoalah agar Allah memberikan kita kekuatan untuk membantu menegakkan agamanya.

Jika saya silap, betulkanlah, agar tidak terpesong.
------------------------------------------------------

Rujukan :

1 - (11) فتح البلدان453، مقدمة ابن خلدون 453، مواهب الجليل2/290، بلغة السالك 1/217، مغني المحتاج 1/389، المصباح المنير 1/200
، شرح المنتهي 1/402، كشاف القناع 2/229

2 - ucapan Prof Umar Vadillo
http://muamalahcouncil.com/component/content/article/109-world-islamic-mint-role-purpose-objectives.html

3 - Islamic Mint Nusantara – fatwa http://islamhariini.wordpress.com/2011/01/02/standarisasi-ukuran-dinar-dan-dirham-dalam-perspektif-sejarah-dan-fiqih-islam/

sumber
http://www.facebook.com/notes/syazwan-madihah/memahami-isu-sebenar-berat-dinar-dan-dirham-24-karat-atau-22-karat-atau-72-butir/193821953971774

Selasa, 15 Februari 2011

Gold Crest Pavilion (GCP) GoldBar 999 berat 10gram dan 20gram.














Gold Crest Pavilion (GCP) GoldBar 10gram.Bar Emas yang cantik,menawan dari syarikat yang dikenali ramai dan mempunyai agen2/dealer2 yang ramai diseluruh Malaysia.Mempunyai Certificate.Boleh diPajak di AgroBank .Boleh dibeli melalui saya stok insyaAllah ada.Hubungi 014 5459761 dan 0129388354.Harga Boleh dilihat di www.gcp.com.my

Sabtu, 12 Februari 2011

Kalimah Tauhid, Tahmid dan ayat suci Al-Quran pada koin Dinar dan Dirham


   Sebagaimana telah diketahui bersama, bahwa standard dari koin yang ditentukan oleh Khalifah Umar ibn al-Khattab, berat dari 10 Dirham adalah sama dengan 7 Dinar (1 mithqal). Pada tahun 75 Hijriah (695 Masehi) Khalifah Abdalmalik memerintahkan Al-Hajjaj untuk mencetak Dirham untuk pertama kalinya, dan secara resmi beliau menggunakan standard yang ditentukan oleh Khalifah Umar ibn Khattab. Khalifah Abdalmalik memerintahkan bahwa pada tiap koin yang dicetak terdapat tulisan: “Allahu ahad, Allahu samad”. Beliau juga memerintahkan penghentian cetakan dengan gambar wujud manusia dan binatang dari koin dan menggantinya dengan huruf-huruf.

    Perintah ini diteruskan sepanjang sejarah Islam. Dinar dan Dirham biasanya berbentuk bundar, dan tulisan yang dicetak diatasnya memiliki tata letak yang melingkar. Lazimnya di satu sisi terdapat kalimat “tahlil” dan “tahmid”, yaitu, “La ilaha ill’Allah” dan “Alhamdulillah” sedangkan pada sisi lainnya terdapat nama Amir dan tanggal pencetakkan; dan pada masa masa selanjutnya menjadi suatu kelaziman juga untuk menuliskan shalawat kepada Rasulullah, salallahu alayhi wa salam, dan terkadang, ayat-ayat Qur’an. Koin emas dan perak menjadi mata wang resmi hingga jatuhnya khilafah Islamiyah.

Imam Malik pernah ditanya tentang penggunaan kalimah ini pada koin – koin ini. Beliau berkata ulamak ulamak terdahulu dari kalangan sahabat, tabiin dan tabiin seorangpun tidak membantah pengunaannya bahkan digalakkan penggunaannya bagi menunjukkan penguasaan Islam keatas wilayahnya. Yakni bagi meninggikan kalimah Allah swt.
Isu masuk tandas tidak timbul, koin koin telah digunakan zaman berzaman, kalau dahulu dinar dan dirham disimpan dalam uncang, simpan dalam dompet, masuk tandas.

Sumber: http://www.dirham2dinar.com/
 
             http://www.dirham2dinar.com/index.php?option=com_content&view=article&catid=39:blog&id=138:kalimah-tauhid-tahmid-dan-ayat-suci-al-quran-pada-koin-dinar-dan-dirham&Itemid=64

Jumaat, 28 Januari 2011

Jualan Syiling Emas Bunga Raya Berketulenan 999.9 10gram.

Jualan Syiling Emas Bunga Raya berketulenan 999.9 10gram.Ada mempunyai certificate.
 Sekarang harga yang dapat kita jadikan panduan iaitu di web www.masaituemas.com  dan http://www.nubex.com.my/pricetag.php.Hubungi saya di talian 014 5459761 atau 012 9388354 untuk bantuan khidmat nasihat ,lock harga dan mendapatkan syiling ini pada harga terbaik.



Khamis, 27 Januari 2011

Apakah itu Dinar Kelantan?

 
 
Dinar Kelantan adalah koin emas syariah yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Dinar Kelantan mula diperkenalkan pada September 2006 dengan dominasi  ¼, ½ dan 1 dinar.Nilai semasa untuk dominasi-dominasi tersebut ialah RM99.38, RM176.76 dan RM332.25.

Rabu, 26 Januari 2011

Hukum Akaun Pelaburan Emas Di Bank Malaysia

Oleh Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/

Soalan:
Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:
Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.
Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?
Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.

Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.

JAWAPAN

Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.

Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :

 Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.
 Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-

• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.

Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu. 
Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).

HALAL DAN SAH :

Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :

  a)Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.

  b)Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191) 

DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?

Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :

1-      JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.</span></span><span>Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.

2-      JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.

Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan. Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.

3-      CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari?  ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.

4-   PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Untuk kira-kira buka di sini..Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.

Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia. 

 KESIMPULAN

Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.


Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/

22 Oktober 2008

23 Syawal 1429 H

Wales, UK

http://www.zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/764-hukum-akaun-pelaburan-emas-di-bank-malaysia.html

Ahad, 23 Januari 2011

Pamp Suisse Pink Certificate 100gram dengan harga rm15500 untuk satu keping.

Saya menjual Pamp Suisse Pink Certificate 100gram dengan harga rm15500 untuk satu keping..Stok terhad cepat dapatkan sebelum kehabisan.Harga adalah mengikut harga pasaran emas semasa.Cepat cepat siapa cepat dia dapat.Hubungi saya 014 5459761 dan 0129388354 .

Isnin, 17 Januari 2011

DIRHAM MUSLIM DGE UNTUK DIJUAL

Kepada pemuda pemudi yang bakal mendirikan rumah tangga.Belilah Dinar atau Dirham sebagai persediaan Mas Kahwin untuk mengikut Sunnah Rasulullah.Beli sekarang semasa harga masih rendah.Akan Datang Nanti harga akan meningkat tinggi.Dirham Muslim DGE 1 Dirham untuk dijual.Stok banyak.harga best.Telefon atau Sms saya
014 5459761 dan 0129388354
Harga boleh di lihat di http://dinarkedah.blogspot.com/  ..