Khamis, 28 Oktober 2010

PERHATIAN: SIRI SEMINAR PERCUMA "PELUANG PERNIAGAAN EMAS"

PERHATIAN: SIRI SEMINAR PERCUMA "PELUANG PERNIAGAAN EMAS" DAN "TEKNIK GEMPUREMAS" DIADAKAH SETIAP HARI JUMAAT (PUKUL 8 MALAM) BERTEMPAT DI 305, TINGKAT 3, BANGUNAN TABUNG HAJI CHUKAI, KEMAMAN. HUBUNGI 1-700-80-5400 UNTUK PENYERTAAN.
Lawati laman web  http://www.gempuremas.com/ 
untuk keterangan lanjut. 

Selasa, 26 Oktober 2010

Produk Gold Crest Pavilion



Pengedar GCP Syarikat 100% milik bumiputra Islam: Boleh beli emas murah;harga ahli jimat lebih rm1000 berbanding emas keluaran sykt lain. penghantaran PERCUMA.
Komisyen jualan melebihi 8%. Komisyen introducer melebihi 1.5%. spread serendah 4%. Bantuan modal turut tersedia. Sertai rangkaian pengedar GCP sekarang. hubungi pegedar gcp berdekatan anda.

Penghargaan buat GCP hari ini (18 October at 01:36),Jabatan Perangkaan Negara mengumumkan bahawa GCP adalah antara 3 syarikat pengedar emas terbesar di Malaysia....Alhamdulillah

Kepada sesiapa nak beli kereta,rumah,motor atau yang lain2 tu...beli la emas dulu,pastu pajak kat Ar Rahnu...emas dapat barang yg dihajati juga anda dapat....hubungi dealer GCP di seluruh malaysia untuk keterangan lanjut

Gold Bar 999.9 dan Barang kemas 999 termurah di malaysia hanya di GCP syarikat 100% Bumiputra. Nak murah lagi daftar sebagai pengedar/dealer GCP. Ingin Berniaga emas, Modal disediakan. Dah ada emas murah kenapa beli emas mahal? hubungi rangkaian pengedar GCP call/sms SAYA Mohd Ridhuan 014 5459761 dan 012 9388354

Isnin, 25 Oktober 2010

Tiada zakat wang kertas mengikut mazhab ShafieZakat hanya boleh dibayar dengan ain (benda) bukan dayn ( Wang kertas adalah resit hutang)

Rujukan Kitab Sulamul Sibyan : Tuan Guru Hj Ayah Chik
Fasal pada menyatakan zakat emas dan perak sama ada wang atau lainnya

Syarat wajib zakat emas dan perak :

1. Islam - Tuan harta itu Islam2. Merdeka - Hamba tiada wajib3. Sampai nisabnya 20 mithqal / dinar emas (85 gram) atau 200 dirham perak ( 595 gram )4 Dimilik akan dia ( emas dan perak ) cukup 12 bulan arabiyah samada disimpan akan ia atau diberi orang berhutang, maka wajib zakat atas tuannya.

Zakat emas dan perak itu 1/40 atau 2.5%.

Segala benda yang kena zakat itu 9 pekara sahaja.

1. Binatang ternakan.2. Emas.3.Perak.4. Buah kurma dan anggur. (Tiada wajib zakat buah - buahan yang lain )5. Biji - bijan yang mengenyangkan.6. Badan - Fitrah7. Galian emas dan perak.8. Rikaz emas dan perak.9. Benda - benda buat perniagaan.

Tiadalah wajib zakat melainkan 9 benda ini sahaja pada mazhab Shafie.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Bermula segala orang yang menaruh akan mereka itu emas dan perak , dan tiada menafkah mereka itu akan dia pada jalan Allah artinya tiada memberi mereka itu akan zakatnya maka khabar olehmu ya Muhammad akan mereka itu dengan kena siksa yang sangat - sangat sakit "Maksud Surah at Taubah:ayat 34

Telah berkata Imam as shafie didalam Kitabnya ar Risalah : " Tiada harus diqias dengan emas dan perak atas yang lain daripada keduanya pada wajib zakat "

Maka tiada wajib zakat duit tembaga dan duit kertas kerana bukan kedua duanya emas dan perak dan bukan binatang ternakan bukan buah - buahan  dan bukan biji bijian melainkan jika dibuat berniaga dengan dia. Maka wajib zakat perniagaan bukan zakat 'ain wang kertas.

Ada tersebut didalam Kitab Shamsul Asyhraq karangan al 'alamah Shaikh Ali Al Maliki pada m/s 60 katanya " Dan demikian lagi bersangatan Alim Shaikh Muhammad 'illisyh tatkala ditanya akan dia daripada kertas yang ada padanya chap Sultan dan bermuamalah denga dia, berjualbeli dengan dia semacam dirham - dirham dan dinar - dinar. Adakah diberi zakatnya sebagai zakat 'ain atau semacam zakat mata benda perniagaan atau tiada wajib zakat padanya ? Menjawab ia dalam Kitab Fatwanya , Fathul 'ala al Malik, berpegang ia bagi riwayat yang kedua yang muktamad pada mazhab Malilki ia jawab dengan nasnya tiada wajib zakat padanya yakni tiada wajib zakat pada wang kertas ".

Ada pun pada mazhab Shafie maka tiada wajib zakat wang kertas sama ada disimpan dirumahnya atau di tabung haji atau di bank atau diberi orang berhutang, tiada wajib zakatnya melainkan jika dimilik wang kertas itu dengan mu'awadhah serta diniat tatkala itu hendak buat berniaga denga dia. Maka apabila sampai harganya 200 dirham dan cukup 12 bulan arabiyah maka ketika itu wajib dikeluarkan zakatnya, zakat mata perniagaan, bukan zakat 'ain wang kertas iaitu zakatnya 1/40.

Dan berkata Shaikh Ahmad Khatib iaitu didalam Kitabnya Mazhab Shafie pada m/s 46 artinya :  " Bahkan jika berkehendak oleh seorang mengeluarkan zakat daripadanya wang kertas nescaya tiada sah ia dan lagi haram mengeluarkan zakat wang kertas kerana padanya yakni pada mengeluarkan zakat wang kertas itu jadi mengerjakan ibadat yang fasidah, ibadah yag tidak terpakai, sia - sia dan lagi buat zalim akan tuan - tuan harta dengan memperwajibkan barang yang tiada wajib atas mereka itu dan memakan akan harta manusia denga jalan yang bathil, makan dengan jalan yang haram. Maka jikalau begitu tidak beri zakat wang kertas itu boleh pahala kerana jika meninggal barang yang haram dengan niat ikut perintah syarak itu boleh pahala ".

Ramai Ulamak - Ulamak yang menghukum wang kertas itu semacam wang tembaga. maka tiada wajib zakatnya pada mazhab shafie. Antaranya :1. Al 'alamah Shaikhul Islam Negeri Mesir masa dahulu ialah Muhammmad Anba bi iaitu guru bagi as Saiyid Ahmad Bek al Husaini.2. Al ' alamah Shaikh Hasbullah , ulamak besar Mekah di zamannya.3. Al 'alamah As Saiyid Abdullah bin Abi Bakar.4. Al ' alamah Shaikh muhammad I'jaz Hussain.5. Al 'alamah Shaikh Muhammad Nazri Ali.6. Al ' alamah Shaikh Muhammad Irshad Hussain.7. Al ' alamah Shaikh Muhammad Abdul Qadir.8.Al ' alamah Shaikh Muhammad Inayatullah.9. Al ' alamah Shaikh Abdul Jalil.10. Al Mufti Shaikh Muhammad 'Illisyh.11. Al ' alamah Shaikh Muhammad Khatib

Telah menyebut nama - nama ulamak - ulamak yang tersebut itu oleh Syaikh Ali al Maliki didalam kitabnya Shamsul Asyhraq.

12. Al 'alamah Shaikh Ali Al Maliki.13 Shaikhul Islam Kedah Al Haj Wan Sulaiman iaitu semasa dia muda dahulu.14. Shaikh Al Haj Wan Ahmad Bermin Fathani.15. Tuan Guru Shaikh saya ( Ayah Chik ) Shaikh Al Haj Abdullah Fahim , Mufti Pulau Pinang. Pada masa itu dia belum menjadi mufti dan dia menyuruh saya berpegang dengan barang yang didalam Kitab Iqna' an nufus yang saya mengaji padanya itu kitab dan dia khabar kepada saya, Shaikh Ahmad Khatib itu ia kata guru aku dan Shaikh Ali Al Maliki itu sahabat aku.

Ramai Ulamak mengaku sah dan betul barang yang tersebut didalam kitab Shamsul Asyhraq serta memberi puji pujian mengatakan elok dan betul barang yang tersebut didalam kitab tersebut. Pertamanya : Maulana Hujjatul Ummah Qadhi al Qadha' wal mufti al ahnaf bil Aqthoril arabiah bil Makkah wa raisul ulama' al 'alam , al 'alamah Abdullah bin Abdurrahman Siraj. Kedua : Al 'alamah Shaikh Habibullah Al jaki. Ketiga : Al 'alamah Shaikh Ali An Najar. Keempat : Al 'alim Al Fadhil Shaikh Muhammad Abdurrahman As Shanqithi.  Keempat : Al 'alim fadhil As Saiyid Thohir Ad dibagh dan demikian juga pada mazhab Hanbali tiada wajib zakat wang kertas .. dari Kitab Shamsul Asyhraq.

Wang kertas itu bukan sanad ad daiyin ertinya bukan surat hutang kerana takrif surat hutang ialah " Kertas yang ditulis padanya akan orang yang berhutang dan orang yang memberi hutang dengan nama kedua - duanya dan hutang apa jenisnya dan sebanyak mana qadarnya dan saksi atasnya dan diberi pegang taruh ditangan oang yang yang beri berhutang ".

Maka wang kertas itu tiada masuk dalam takrif surat hutang. Maka betul lah wang kertas itu bukan surat hutang dan hanya dikira duit yang laku yang lain dari emas dan perak yang dinilai harganya yakni dibubuh harganya sekian  sekian ringgit dan ditulis didalamnya pun dengan kata wang kertas ertinya duit kertas. Bukan ditulis kata surat emas perak. Lagi pula jika sungguh wang kertas itu surat Bank berhutang emas dan perak maka cubalah bawa wang kertas itu tunjuk kepada bank minta hutang itu nescaya Bank tiada bayar, mingkin orang Bank marah, dia kata " Kamu binggung kah ? Gila kah ? Kamu tidak bacakah didalamnya wang kertas bukan ditulis surat hutang. Mereka halau kamu semacam halau anjing sahaja.

Ada pun orang yang berkata wang kertas itu khilaf ulamak pada wajib zakat, maka baik lah ihtiyhat ( berhati hati ), berilah zakatnya kerana jikalau betul orang yang berkata wajib zakatnya maka lepaslah kita daripada berdosa dan dapat pahala. Jikalau betul orang yang berkata tiada wajib zakatnya maka jadilah sedekah sunat, maka itu ihtiyhat ( berhati - hati ) yang bathil.

Telah berkata Guru bagi beberapa Guru kami, al 'alamah Shaikh Ahmad Khatib rahimahumullah didalam kitabnya Iqna' an nufus pada m/s 48 ertinya : Dan atasnya lazim daripada ini ihtiyhat ( berhati - hati ) tu beberapa mudharat dan bermula yang demikian itu buat zalim akan tuan harta dengan diperwajibkan barang yang tiada wajib atas mereka itu dan lain - lainnya daripada barang terdahulu sebutnya dan buat sia - sia segala rukun dan segala syarat yang telah diiktibar akan dia oleh ulamak ulamak syarak dan buat binasa takrif - takrif mereka itu yang telah menyebut mereka itu akan dia kerana bahawasanya  sesungguhnya lazim oleh binasanya dengan ini ihtiyhat yang jadi daripada sangka - sangka dan gemak - gemak yang bathil , yang tidak ada asalnya sama sekali dalam syarak.

Didalam Kitab Sairus Salikin (Shaik Abdul Samad Al Falimbani) antara syarat – syarat zakat yang zahir pada syarat yang ketiga :

Hendaklah zakat yang dikeluarkan itu ‘ain harta yang wajib zakat itu. Maka tiada memadai zakat perak daripada emas dan zakat emas dengan perak.

Mengenai mengeluarkan zakat perniagaan seperti dalam Kitab Matail Badrain :
(maka jika) sampai nasab harga اخر haul wajib dikeluarkan zakatnya samada harga yang dibeli dahulu itu sampai nasabnya atau tiada kerana yang dii’tibarnya dengan harga اخر haul maka dikeluarkan zakatnya iaitu emas atau perak سربع عشر , tiada dikeluarkan daripada ain mata benda perniagaan itu.

Maknanya zakat perniagaan mesti dikeluarkan dalam emas atau perak bukan ai'n barang yang diperniagakan. Cth : Perniagaan baju, zakatnya bukan dengan baju tetapi dengan emas atau perak.

http://www.dirham2dinar.com/index.php?option=com_content&view=article&id=120&Itemid=109

PERSOALAN ZAKAT

Hakikat harta dan duit telah bertukar selama 2 abad yang lalu, ini berlaku seiring dengan situasi kejatuhan kerajaan Islam. Institusi zakat berfungsi sebelum ini sesuai dengan keadaan kebendaan yang membawa kepada kemakmuran sehinggalah abad ke 18 masihi.

Allah s.w.t menyebut dengan jelas di dalam Surah Ali Imran :14 
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنْ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنْ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِالْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Di setiap masyarakat tradisional ukuran pada harta benda ialah pada tanaman, ternakan, emas dan perak dan semua ini dikenakan zakat. Sebab itulah semua kitab zakat menjurus kepada perincian pekara tersebut, masalah hasil tanaman yang berlainan dan zakat yang dikenakan bergantung kepada faktur – faktur tertentu jenis yang dikeluarkan,quantiti/jumlah,jenis tanah dan sebagainya, begitu juga dengan ternakan mengikut jenis, bilangan dan umurnya dan pada zakat emas dan perak timbangan setiapnya diberikan mengikut tempoh dan beratnya untuk dikenakan zakat samada dalam bentuk duit , jongkong atau pecahan serbuk begitu juga dengan zakat perniagaan mengikut syarat tertentu tetapi mesti dibayar dengan emas dan perak.

Masalahnya sekarang harta benda sekarang hanya sangat kecil relevennya dengan kehidupan 90 % umat Islam moden abad ke 20 sekarang ini. Mereka tidak ada tanah, ternakan atau emas dan perak. Ini kerana majoriti besar umat Islam hari ini tidak ada akses kepada hakikat harta benda dalam bentuknya yang asal. Bentuk harta yang ada sekarang tidak asli.

Dengan bermulanya institusi riba dari Eropah pada abad ke 16 dan kemajuan sistem Bank dan sistem kewangan dengan alat dan tekniknya kedua – dua bentuk kuasa politik dan harta peribadi dan juga wang/duit telah mengalami perubahan secara mennyeluruh. Harta yang sebenar  ( warisan bumi ) telah jatuh kepada orang yang sangat sedikit bilangannya sementara ramai orang diberikan harta berbentuk baki di Bank, sijil saham, polisi insuran dan lain – lain instrumen kewangan yang bukan lagi benda yang nampak tapi hanyalah nombor – nombor elektronik yang bergerak dari satu komputer ke satu komputer yang lain. Sementara itu pula pada masa yang sama duit diganti dari emas dan perak kepada kertas yang bersandarkan kepada emas dan perak seterusnya kepada kertas yang nilainya bergantung sepenuhnya kepada ihsan spekelatur antarabangsa. Tidak syak lagi riba telah berleluasa memasuki setiap penjuru sistem kewangan dimana mereka menguasai dunia dengan alat dan institusi mereka seperti wang kertas, kad kredit, bond, pasaran saham dan pertukaran matawang asing( currency exchange ) boleh dikatogerikan sebagai haram. Buat tempoh masa yang lama dari abad ke 16 umat Islam bebas kerana di jaga dengan shariah tetapi peristiwa yang berlaku di Mesir dengan pertolongan golongan Modenis dan British , juga khilafah di Istanbul telah terperangkap dengan Bank dalam masa yang singkat sahaja kedaulatan umat Islam telah jatuh ketangan peminjam matawang dan berkekalan sehingga sekarang.

Tidak syak lagi sistem kewangan dunia hari ini telah membawa kepada keruntuhan umat Islam. Kuasa politik autonomi umat Islam telah dirampas dan cara perniagaan Islam telah berjaya dihapuskan. Pada hari sangat jelas sistem kewangan merupakan alat penjajahan utama dan disinilah musuh Islam memainkan peranan operasi mereka dan medan inilah umat Islam kena terjun dan berjihad untuk menegakkan addin Allah s.w.t. semula. Terutamanya masalah zakat, kita melihat betapa sukarnya untuk umat Islam menunaikan kewajipan rukun Islam ini.

Mereka telah menukar hakikat sebenar harta – benda matawang, daripada syiling emas dan perak kepada matawang kertas. Zakat harta benda hanya boleh dibayar dengan emas dan perak sahaja kerana emas dan perak sahaja yang dikenakan zakat dan bukan nilainya tanpa mengira bentuknya samada dinar syiling, galian atau harta karun. Ini diperkuatkan dengan wang kecil yang dipanggil sebagai fulus yang diperbuat dari bahan galian yang lain seperti tembaga.

Sekiranya seseorang memiliki fulus yang banyak sehingga sampai kepada nisab emas dan perak, mengikut setengah ulama dikenakan zakat tetapi dibayar dengan emas atau perak. Ini khusus sekiranya fulus ini merujuk sebagai resit kepada timbangan emas atau perak yang tertentu, manakala ulama yang lain meletakkan fulus sebagai syiling yang simbolik  tanpa memiliki nilai tersendiri tidak dikenakan zakat tidak kira berapa banyak yang ada.

Wang kertas sepatutnya diletak dalam keadaan yang sama dengan fulus, seorang ulama tradisonal yang melihat wang kertas tanpa nilai ialah Syaikh “Illiysh , Syaihkul Al Azhar yang terakhir sebelum British menukar sistemnya pada pertengan abad ke 19.

Syaikh ‘Illisyh berkata didalam Fatwanya mengenai masalah zakat wang kertas :

Saya ditanya tentang kertas yang dicop dengan cop Sultan ( suatu bentuk wang kertas yang digunakan oleh Khalifah Osmaniah ) yang diedarkan seperti dinar dan dirham ? Adakah dikenakan zakat keatasnya, adakah diletakkannya sama seperti emas atau perak atau barang perniagaan ?

Saya menjawab seperti berikut :

Segala puji bagi AllahSelawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Tidak ada zakat yang dikenakan kerana zakat adalah khusus untuk ternakan,hasil tanaman tertentu, emas, perak,nilai lebihan stok dan harga barang simpanan dalam perniagaan. Kertas tersebut tidak termasuk dalam kategori yang disebut diatas.

Kita dapat melihat pada wang syiling tembaga yang ditempa dengan cop sultan yang ada dalam edaran tidak dikenakan zakat. Di dalam kitab Al Mudawwana disebutkan “ Barangsiapa memiliki wang kecil yang sampai kepada nilai 200 dirham tidak diwajibkan zakat kecuali ianya sebagai stok berlebihan maka nilainya adalah sebagai barang perniagaan. “

Daripada Fatwa Syaikh ‘Illisyh ini jelas zakat tidak dikenakan keatas wang kertas. Kita mesti ingat ketika Fatwa ini dikeluarkan shariah masih berjalan dan dinar emas dan dirham perak masih banyak dalam edaran.

Kalau kita melihat pada asal usul wang kertas ini asalnya merupan resit simpanan emas atau perak didalam Bank. Maknanya bila – bila masa resit ini boleh ditukar dengan emas atau perak di bank dan melihat tertera perkataan “ I promise to pay the bearer “ saya berjanji untuk membayar pemegang dengan nilai sekian seperti tertera pada resit tersebut. Disini kita dapat melihat sebenarnya Bank yang berhutang dengan pemegang resit, ini sudah cukup membuktikan bahawa resit – resit adalah haram disisi Islam kerana telah digunakan melampaui had – had yang sangat ketat.

Mengikut Syaikh Illisyh zakat hanya dapat diambil dari wang kertas sekiranya kita meletakkannya sebagai barang perniagaan seperti kertas, tetapi kertas tanpa nilai tidak dikenakan zakat. Kalaulah duit kertas diletakkan sebagai hutang, zakat boleh dikenakan dengan syarat kertas yang ada mewakili emas dan perak yang ada pada kamu tetapi disimpan oleh orang lain pada masa ini. Mereka yang berkuasa berhutang  emas dan perak kepada kamu berdasarkan jumlah resit yang ada pada kamu.

Zakat dikenakan sekiranya jumlah kertas yang ada sampai kepada nisabnya selepas setahun didalam tangan tetapi zakat mesti dibayar dengan emas atau perak dan bukan kertas hutang/ resit sebab hutang tidak boleh digunakan untuk membayar zakat.

Di dalam keadaan ini, cara hendak membayar zakat ialah dengan menukar sebahagian dari wang kertas kepada dinar atau dirham mencukupi untuk membayar zakat yang telah cukup nisab keatas kertas yang mewakili hutang keseluruhan wang kertas yang ada.

Kesimpulan dari semua ini ialah sistem ekonomi kapitalis kafir berasaskan bank sekarang ini telah menghancurkan rukun Islam kita iaitu zakat . Ini disebabkan sistem ini telah meletakkan semua transaksi jual beli menjadi haram, kita umat Islam diperangkap sehingga tak nampak jalan keluar. Mereka telah menukar konsep harta sebenar seterusnya

http://www.dirham2dinar.com/index.php?option=com_content&view=article&id=80&Itemid=106

ZAKAT EMAS

Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)Contoh : RM6,000 x 2.5%Jumlah zakat    = RM 150

2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gramUruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gramZakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)= RM 192.9

http://zakat.com.my/zakat-emas

JENIS-JENIS ZAKAT

  • Zakat Fitrah - Dikenakan ke atas setiap orang Islam setahun sekali di bulan Ramadhan
  • Zakat Harta –
i.          Zakat Perniagaan (termasuk saham)  
Semua peniaga-peniaga Islam yang mempunyai jumlah nilaian barang-barang yang diniagakan melebihi nisab dan cukup satu tahun berniaga (haul).    
Jumlah pengiraan:
(Harta Semasa - Tanggungan Semasa + /- Pelarasan ) * % milikan Muslim * 2.5 % (Sekiranya mencukupi nisab)
  1. Zakat Wang Simpanan      
Orang Islam yang mempunyai simpanan wang simpanan di mana-mana tempat/institusi kewangan yang melebihi nisab dan mencukupi satu tahun simpanan  Kaedah pengiraan:    
  • Bagi simpanan tetap setelah cukup haul simpanan iaitu 354 hari dan / atau mencukupi nisab (andaian RM 3,200.00) wajid dileluarkan zakat
  • Bagi simpanan biasa pula, ia adalah berdasarkan jumlah baki tersebut terendah satu tahun atau berapa akaun simpanan dalam tempoh satu tahun. ia juga hendaklah diketahui tempoh haulnya iaitu bilakah bermula dan berakhirnya haul bagi simpanan tersebut.

misalnya:
(Baki terendah bagi tahun 2004 adalah RM 4,000.00) = RM 4,000.00 * 2.5 % = RM 100.00
(Zakat yang dikenakan adalah sebanyak RM 100.00)
  • Sekiranya ada pertambahan yang cukup setahun, maka WAJID dikeluarkan zakat.

  1. Zakat pendapatan    
Firman ALLAH S.W.T :    
  • " Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu bersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui ".
(Surah At-Taubah :103)
  • " Hai orang-orang yang beriman, keluarkanlah, nafkahkanlah dijalan Allah sebahagian dari hasil usahanya yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.

(Surah Al-Baqarah :267)
Orang Islam yang mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan yang tetap serta melebihi nisab
Menurut Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksyen 6A(3) yang menyebut:    
"Rebet hendaklah diberikan pada tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis.
" Kaedah pengiraan:    
  1. Mengikut Pendapatan Kasar ( Jumlah Pendapatan Kasar * 2.5 % = Zakat )
  2. Menggunakan Kaedah Pendapatan Bersih
                        A. PENDAPATAN DARI SEMUA SUMBER (SETAHUN)
                                                                                            Contoh

                        1. Gaji (Contoh :RM 1,500.00 * 12 bulan         RM 18,000
                        2. Elaun                                                        RM 3,000
3. Bonus                                                       RM 1,500

Jumlah Pendapatan Kasar                                               RM 22,500.00

                        B. PERBELANJAAN YANG DIBENARKAN (SETAHUN)    
                                                                                             Contoh

   Diri                                                             RM 5,000
* Isteri                                                           RM 3,000
* Anak-anak (RM 800.00 * 3)                           RM 2,400

Pemberian kepada ibubapa (Jumlah Sebenar)       RM 2,400
Caruman KWSP (9 % - tertakluk kepada perubahan) RM 2,025
Caruman LTH                                                     RM 300
Insuran Keluarga / Pendidikan (Takaful)               RM 1,200
Caruman kepada Institusi / Koperasi yang telah
membayar zakat bagi pihak ahli                          RM 240

Jumlah Tolakan                                                  RM 15,365

C. PENDAPATAN BERSIH YANG LAYAK DIZAKAT (A - B)
RM 22,500.00 - RM 15,365                                  RM 7,135
                        Nilai melebihi paras nisab yang mewajidkan zakat
D. ZAKAT YANG WAJID DIBAYAR
RM 7,135.00 * 2.5 %                                          RM 178.30

 Nota bagi pengiraan zakat pendapatan mengikut kaedah B    
  1. Jumlah pendapatan dari semua sumber yang dicampurkan dalam masa setahun termasuk sewa, dividen dalam bentuk pendapatan tambahan.
  2. Perbelanjaan yang dibenarkan ditolak:
  • Diri RM 5,000.00
  • Isteri RM 3,000.00 ( seorang)
  • Anak-anak RM 800.00 (seorang)
  • Takaful Keluarga / Pendidikan - dibayar zakat ketika matang
  • Pemberian kepada ibubapa, caruman KWSP, Caruman LTH, caruman kepada Institusi/Koperasi yang telah membayar zakat (jumlah sebenar)
  • (*) Tiada tolakan item ini bagi isteri yang bekerja/bujang kecuali ibu tunggal yang menanggung anak-anak
  • Jika ingin membayar secara potongan gaji, jumlah zakat hendaklah dibahagi 12 bulan
      RM 178.38 / 12 bulan = RM 14.86 potongan sebulan
  1. Zakat emas dan perak (termasuk perhiasan)      
Semua orang Islam yang menyimpan emas dan perak dalam bentuk perhiasan atau sebagainya melebihi nisab dan uruf setempat serta mencukupi satu tahun simpanan.       Kaedah pengiraan:    
a)   Zakat Emas    
Pembayaran zakat emas terbahagi kepada 2 iaitu:
  • 2.5 % atas nilai emas yang disimpan setahun yang nilai pasarannya melebihi kadar nisab (85 gram)
  • Emas yang dipakai tidak dikenakan zakat melainkan melebihi uruf iaitu pemakaian setempat seseorang itu. Misalnya:
Jika pemakaian setempat seseorang individu itu (uruf) ialah 150 Gram dan jumlah emas yang dipakai ialah 350 Gram, maka zakat yang dikenakan sebanyak 200 Gram setelah ditolak uruf.
b)   Zakat Perak    
2.5 % ke atas nilai perak yang disimpan atau yang dipakai yang nilainya melebihi kadar nisab (624 gram)    
  1. Zakat binatang ternakan      
Penternak-penternak lembu, kerbau, kambing dan biri-biri yang mana ternakannya melebihi nisab dan genap satu tahun peliharaan       Kadar Zakat:    

Paling minimun zakat                     
Lembu / Kerbau                   = 30 ekor
Kambing                              = 40 ekor
  1. Zakat buah-buahan dan biji-bijian  
Penanam-penanam buah-buahan dan biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan tahan disimpan dan mencukupi nisab seperti padi, jagung dan sebagainya.

Siraman Menggunakan air hujan
1/10 * Hasil Tuaian
Siraman Menggunakan Teknologi Moden
1/20 * Hasil Tuaian
Sementara hasil tuaian yang wajid dikenakan zakat ialah 375 gantang

Misalnya:
Jumlah hasil tuaian (air hujan) maka zakat yang dikenakan adalah
= 1,000 gantang
: 1/10 * 1,000 gantang
= 100 gantang hasil tuaian
  1. vii.                Zakat Galian
a)   Kekayaan galian merangkumi seluruh bahan galian yang terdapat di dalam bumi atau di dasar laut sama ada bahan galian tersebut berbentuk cecair seperti minyak ataupun berbentuk pepejal seperti garam ataupun berbentuk gas seperti butana ataupun bahan tersebut dari jenis yang boleh dibentuk seperti besi atau dari jenis yang tidak boleh dibentuk seperti sulfur.
b)   Nisab zakat galian adalah sama nilai dengan nilai 85 gram emas.
Nisab ini juga hendaklah di ambil kira sama ada bahan tersebut dikeluarkan serentak ataupun dikeluarkan beberapa kali bukan kerana ditinggalkan terbiar. Bahan galian yang dikeluarkan beberapa kali tersebut hendaklah dicampurkan untuk menghitung nisabnya. Jika usaha untuk mengeluarkan bahan galian tersebut terhenti disebabkan berlaku halangan secara tiba-tiba seperti membaiki peralatan ataupun berlaku mogok pekerja, keadaan tersebut tetap tidak mempengaruhi kewajipan untuk mencampurkan bahan galian yang dikeluarkan di antara satu sama lain.
Jika usaha tersebut terhenti disebabkan berpindah kepada pekerjaan lain kerana putus asa  disebabkan oleh faktor-faktor yang lain, keadaan ini akan mempengaruhi kewajipan untuk mencampurkan bahan galian sehingga nisabnya dihitung ketika usaha-usaha penggalian tersebut dimulakan kembali.
c)   Tiada haul
d)   Kadar zakat bahan galian yang wajib dikeluarkan adalah sebanyak 2.5 % atau 1/40 mengikut pendapat mazhab jumhur (sebahagian besar) ulama fekah.
e) Bahan galian merangkumi kesemua bahan yang dikeluarkan dari perut bumi.
viii.       Zakat rikaz (harta karun)    
  • Mereka yang menemui harta yang tersimpan atau tersembunyi
ix-        Zakat Saham  
  • Kiraan zakat adalah berdasarkan pada harga semasa atau harga berlian yang mana lebih rendah dan jika saham adalah dalam bentuk pinjaman, maka kiraan zakat dikira bergantung ke atas jumlah yang telah dibayar.
x-         Zakat KWSP    
·          Simpanan KWSP yang dikeluarkan hendaklah mencukupi nisab semasa dikeluarkan. Jika simpanan KWSP yang dikeluarkan itu disimpan pula selama setahun, maka zakat akan dikenakan sekali lagi sebagai zakat wang simpanan.

http://maidam.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/article2.php?cid=2&aid=4113%EF%BB%BF

DALIL WAJIB ZAKAT

Bismillahir Rahmanir Rahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu

Sodhaqa Allahul 'Azim
Benarlah Firman Allah Yang Maha Agung

(Al Quran:Surah At-Taubah: ayat 34-35)

Sabda Rasulullah s.a.w

"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka".

(Hadis riwayat Abu Hurairah)

Sabtu, 16 Oktober 2010

Jualan Produk Bunga Raya

 
 
Semak Harga kat Laman Nubex Online Store

http://www.nubex.com.my/v2/index.php/cPath/22

Setakat ini, Syiling emas 999.9 Bunga Raya adalah syiling emas 999.9 10 gram termurah di tanah air Malaysia.
......
Harganya (per gram) lebih kurang 4% lebih murah daripada Jongkong Emas 20 gram Jenama P.

Apabila memperkatakan emas sebagai penyimpan nilai, perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah harganya.
Sekiranya sesuatu emas itu mahal, maka fungsinya sebagai penyimpan nilai tidak sempurnya.


Pada julat harga RM 13xx hingga RM 14xx, ianya adalah mampu milik bagi golongan sederhana.

Kebiasaannya, Hanya jongkong emas sekala besar yang mempunyai harga per gram yang rendah, Namun ianya tidak "mampu milik" bagi golongan berpendapatan rendah atau sederhana.

Bukan orang kaya sahaja yang boleh mengelak cukai inflasi daripada Kerajaan Malaysia.
"Berapa Spread"?

Persoalan berapa Spread biasanya ditanya boleh pemilik emas yang sudah biasa dengan Jenama P.

Adalah dimaklumkan, bahawa Spread bukan segala-galanya.

Apabila sesuatu harga emas itu sudah berada menghampiri Harga SPOT, maka spread boleh dilupakan.

Namun jika anda ingin juga jawapan kepada "Berapa Spread" ,
Kami boleh jawap "Dengan kami spread 6-9%"

Namun, Reseller boleh menetapkan peratus spread sendiri.



Untuk membelinya, Sila Tel Mohd Ridhuan: Telefon atau Sms
014 5459761 dan 012938835

Selamat Maju Jaya Dinar dan Dirham Sistem Ekonomi Islam Yang Adil Untuk Manusia Sejagat









Analisis berkenaan Dinar adalah Dinar Emas menunjukkan peningkatan dari segi kepercayaan masyarakat Dunia Islam dan bukan Islam seiring dengan peningkatan harga emas dipasaran Dunia.Masyarakat Dunia lebih percaya pada emas dari matawang fiat(matwang kertas) jadi Dinar pun termasuk sekali lah.
Jualan Dinar saya memberangsangkan berbanding Gold Bar.Stock Dinar saya dah habis.Itu saja bukti cukup kuat bagi saya yg menunjukkan kembalinya Sistem Islam ini sudah kembali mengukuh dipersada Pasaran Utama Matawang Dunia menggantikan Dollar.maju2 Islam Maju Dinar..Go Go..Faddhal Ya Islamic Sistem..Selamat Maju Jaya Sistem Islam gantikanlah sistem Kapitalis Barat yang zalim dan menindas.

Dari segi harga maka seperti biasa, bila harga emas Dunia meningkat maka harga Dinar emas pun meningkat.Kerana bekalan untuk membuat Dinar datang dari pasaran AntaraBangsa.
Ditambah permintaan pada Dinar ni tinggi maka bila bekalan kurang(emas kurang dan mahal) maka harga pun akan turut naik lah.


Untuk Memahami apa yang berlaku dengan lebih jelas Marilah kita sama2 menghayati Video Klip di bawah.

Gold Dinar and Silver Dirham "threaten" capitalism 

Maksudnya:  Dinar Emas dan Dirham Perak Adalah "Ancaman" Kepada Sistem Kapitalis Barat

video








Jumaat, 15 Oktober 2010

Harga Emas Boleh Mencecah $5,000 per Ounce Menjelang 2012 kata McEwen melalui Bloomberg.

video

Bloomberg- McEwen Says Gold May Reach $5,000 an Ounce By 2012

 

Kata McEwen melalui Bloomberg,Harga Emas boleh mencecah $5,000 per Ounce menjelang tahun 2012.Walaupun pakar ekonomi tu org Barat bukan Islam tetapi ramalan nya mesti diambil kira juga dalam kita membuat keputusan berkenaan urusan harta benda kita.Dia bukan berbuat ramalan tanpa fakta yg kukuh.Harga Emas tidak pernah jatuh keparas contohnya keparas ianya bermula pada tahun2 80an apalagi tahun 60an.Ia tak akan jatuh keparas harga pada tahun2 tersebut lagi malah akan terus meningkat kerana banyak faktor:

 

1)Saya ada terfikir faktor manusia makin ramai maka pengguna Emas makin ramai sedangkan pengeluaran Emas di tempat2 ianya dilombong melalui kilang2nya tidak meningkat. 

 

2)Kejatuhan dan kelemahan nilai Dollar kerana faktor2 Sistem keewangan Barat contohnya sistem interest/Riba yang tidak lagi praktikal atau relevan lagi dalam dunia yang serba mencabar ini.

 

3)Pembelian emas secara dalam kuantiti dan kualiti besar-besaran oleh sesetengah negara contohnya India juga menyumbang kepada kenaikan komuditi Emas ini.Mereka berbuat demikian sebagai persediaan kerana meramalkan harga Dollar akan merudum dan tak bernilai tinggi lalu diikuti dengan kejatuhan Sistem Ekonomi Kapitalis Barat tidak lama lagi.

 

4)Sesetengah negara pula dikesan tidak mengeluarkan simpanan emasnya untuk pasaran tempatannya untuk didagangkan.Kita ambil contoh Gula jika barangan asasi ini disembunyikan agar harganya tinggi supaya dapat menjual pada harga tinggi.Maka harga gula pasti meningkat.

Ada lagi faktor selain dari di atas.


Khamis, 14 Oktober 2010

Tahniah kepada keluarga Engku Syahrul Nizam dan Nor Latifah bt Abdul Rahman

Assalamualaikum

Tahniah diucapkan kepada seisi keluarga Nor Latifah kerana beliau kini sudah bergelar Toukeh Emas. Dengan membeli emas sebanyak lebih kurang RM20k lebih, kini beliau sudah pun menjadi Normal Dealer. Insyallah dari semasa ke semasa saya akan bantu bagaimana urusniaga emas dilayankan dan bagaimana untuk sandarkan emas dalam kehidupan seharian terutama bagi menguruskan belanja bulanan dan pengurusan perniagaan sedia ada.

Kepada rakan - rakan diluar sana yang ingin memiliki emas disekitar  Kemaman,Dungun,Pahang dan Kuala Terengganu, boleh lah menghubungi beliau  untuk proses jual beli emas keluaran Public Fine Gold.

Butiran beliau:
Nama :Nor Latifah binti Abdul Rahman
Kawasan :Kemaman,Dungun,Pahang dan Kuala Terengganu,
Telefon :019 9846162

Rabu, 13 Oktober 2010

Islam dan Sistemnya Lebih Adil

Setelah Islam Menguasai Dunia selama lebih dari 1400 tahun dan matawang nya Dinar emas dan Dirham Perak adalah matawang utama Dunia maka kini matawang kertas Dollar (USD)adalah matawang utama Dunia kerana kuasa Dunia sudah beralih arah pada Amerika Syarikat sebagai kuasa yg Terkuat antara2 negara di Dunia.Bilakah Islam akan kembali menguasai dan menyebarkan keadilan melalui sistem2nya yang baik dan adil seperti matawangnya Dinar Emas dan Dirham Perak melalui sistem ekonomi Islam agar kembali ketempatnya yang asal?



Ahad, 10 Oktober 2010

Emas Public Gold


Public Fine Gold International Sdn. Bhd (Public Gold) merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menjual emas pelaburan pada harga pasaran antarabangsa.
Syarikat yang berpangkalan di Bukit Jambul, Pulau Pinang mempunyai falsafah untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan yang terunggul dan selamat.
Ini membolehkan masyarakat Malaysia membeli dan menjual emas fizikal pada harga yang kompetitif. Perbezaan di antara harga belian yang rendah sekitar 5-6% adalah sangat menarik jika dibandingkan dengan kedai emas (sekitar 13% – 25%).

Public Gold menawarkan kepada anda yang berminat untuk melabur secara mudah dan selesa serta selamat. Anda boleh memiliki jongkong emas 999.9, dinar emas 916 dan emas perhiasan 916 di semua cawangan Public Gold.


Kenapa Perlu Memilih PG untuk memiliki emas?

1) Perkhidmatan yang dijalankan mendapat kebenaran dari Kerajaan Malaysia melalui surat Bank Negara Malaysia.

Surat Lantikan Oleh Bank Negara Malaysia Untuk Menjalankan Perniagaan Emas Fizikal Dan Syiling Emas

2) Merupakan syarikat tempatan pertama di Malaysia yang mengeluarkan jongkong emas yang disahkan ketulenan oleh Penilai Emas (Gold Assayer) dan diiktiraf Malaysia Book of Records.





















3) Kelebihan dan faedah melabur dengan emas Public Gold dan Public Dinar

Diantaranya ialah : 

1. Pengeluar gold bar tempatan pertama yang mendapat pengiktirafan assayer (mencipta rekod “The Malaysia Book of Record” )

2. Cantik ( boleh dijadikan hadiah).

3. Kos pelaburan jongkong emas yang paling murah di Malaysia.

4. Perbezaan harga jualan dan belian yang rendah.

5. Anda memiliki emas fizikal.

6. Sistem penempahan secara online 24 jam (syarikat pertama di malaysia).

7. Anda boleh menempah harga emas tertentu.(Lock Harga)

8. Jaminan beli balik emas kami mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarung atau bengkok.

9. Stok sentiasa ada.

10. Mempunyai sijil ketulenan emas yang disahkan.

11. Cawangan & Agen di seluruh Malaysia (mudah dibeli dan dijual)








Jumaat, 8 Oktober 2010

Pendapat Melayu

Sejak menceburi bidang Jualan Emas secara langsung ini saya mendapat reaksi yang pelbagai dari para pelanggan dan pemerhati bisnes saya sebagai agen/dealer syarikat Public Gold.Antara pendapat yang boleh di lihat adalah:

1)Mengapa menolong syarikat bangsa lain selain dari bangsa Melayu Islam?
2)Dinar Emas keluaran Public Gold kurang bermutu berbanding Dinar Emas keluaran dari Syarikat dari Dubai Emeriah Arab Bersatu itu.kata mereka Dinar keluaran syrikat dari Dubai itu emas 917 berbanding Dinar emas Public Gold emas 916.

Saya sedar Public Gold adalah syarikat milik bukan Islam.Tetapi perniagaan mereka Patuh Syariah.Beli Emas dapat Emas.Masaalah dgn syarikat2 Islam saya perhatikan adalah berniaga Emas secara patuh Syariah tetapi tidak profesional dan terbuka.ada hasad dengki sesama Melayu dan Islam.Kita ambil contoh Emas yang di keluarkan oleh anak syarikat sebuah kerajaan Negeri di antara negeri2 di Malaysia:

1)tidak mempunyai cop lambang yang meyakinkan dan mutunya tidak dinilai oleh Assayer(Pakar Penulen dan Penilai Emas Negara)yg diiktiraf.

2)kertas sijil lahir emasnya pun dibuat ala kadar sahaja.

3)agent2/dealer2 tidak dilantik secara terbuka lagi telus serta meluas dan cawangan anak syarikat tidak dibuka serata Malaysia.

4)ditambah promosi yg hidup segan mati tak mahu.(kurang promosi.)

5)mengenakan syarat2 yg merumitkan perniagaan seperti emas yg di keluarkan mereka sarungnya tidak boleh dibuka,dirosakkan,dibengkokkan dan lain2.

6)harga belian balik (we buy)mereka rendah.Pelanggan rugi barang sukar untuk di pasarkan.

 Pendek kata perniagaan yang di buat adalah tidak Profesional.

Jadi pendapat  saya pula adalah dimana dia syarikat Emas Melayu Islam mempunyai sikap Profesional dan Ikhlas yang dapat kami dealer/agent2 Melayu Islam untuk menumpang berteduh dari panas teriknya Inflasi dan masaalah kesukaran mencari bidang perniagaan yang selamat dan berpotensi maju?Siapa dapat membantu?









Corporate Highlighs


video





























Sejarah Syarikat Public Gold

Public Gold Milestone

23rd May 2008
Public Fine Gold was incorporated.
left_arrow.gif
right_arrow.gif
30th June 2008
Clearance Letter from The Director of Foreign Exchange Department, Bank Negara Malaysia to trade in physical gold bar.
clearance-letter-from-bank-negara.jpg
15th July 2008
Public Fine Gold International Sdn Bhd has increased the share capital of the company from RM100,000.00 to RM500,000.00
left_arrow.gif
right_arrow.gif
1st September 2008
Opening of Main Office in Bukit Jambul.
bj-office.jpgbj-office-2.jpgbj-office-3.jpgbj-office-4.jpgbj-office-5.jpg
14th October 2008
Public Fine Gold International Sdn Bhd has increased the shre capital of the company from RM500,000.00 to RM1,000,000.00
left_arrow.gif
right_arrow.gif
18th October 2008
Launching of Public Gold Bar.
30th December 2008
Approval Letter from Monetary Authority of Singapore (MAS) to mint and trade in physical gold bar and coin.
clearance-letter-from-monetary-authority-of-singapore.jpg
left_arrow.gif
right_arrow.gif
21st February 2009
Seminar in University Malaysia with the title “Revival of Dinar Emas Duty of the Ummah”.
umseminar-1.jpgumseminar-2.jpgumseminar-3.jpgumseminar-4.jpg
6th April 2009
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Recommendation Letter for cooperative to be our dealer.
skm_0001.jpg
left_arrow.gif
right_arrow.gif
8th April 2009
Listed in Malaysian Book of Records.
the-malaysia-book-of-records.jpg
10th May 2009
Meeting with Tun Dr. Mahathir at on discussion on Dinar.
meeting-with-tun-dr-mahathir-1.jpgmeeting-with-tun-dr-mahathir-2.jpgmeeting-with-tun-dr-mahathir-3.jpgmeeting-with-tun-dr-mahathir-4.jpg
left_arrow.gif
1st June 2009
Opening of 2nd branch in Bishop Street.
bishop.jpgbishop-2.jpg
left_arrow.gif
right_arrow.gif
29th June 2009 &
8th July 2009
Published a warning notice in Sin Chew Daily and Berita Harian to prohibit Public Gold Dealers from involving in the get-rich scheme (Skim Cepat Kaya).
beritaharian_amaran.jpgsinchewdaily_warning.jpg
July 2009
Sponsored in Champion 2009-Malaysia Chingay Competition.
chingay.jpgchingay-2.jpgchingay-3.jpg
left_arrow.gif
right_arrow.gif
29th July 2009
Attended Astro interview.
videocamicon.png
30th July 2009
Memorandum of understanding with Kelantan Golden Trade Sdn Bhd to mint for their Dinar and Dirham Coin.
left_arrow.gif
right_arrow.gif
31st August 2009
  • Memorandum of understanding between Royal Safe and Public Gold.
  • Seminar in University Kebangsaan Malaysia with the title “Satu Mekanisme Pelaburan Dinar Emas”.
    royalsafe01.jpgroyalsafe02.jpg2009083101.jpg2009083102.jpgukmseminar01.jpgukmseminar02.jpgukmseminar03.jpgukmseminar04.jpg
8th September 2009
Meeting with Bank Negara Malaysia Currency Department on minting for new series of Kijang Coin.
meeting-with-bnm.jpg
left_arrow.gif
right_arrow.gif
15th October 2009
MOU with Haynik Mobile Ventures Sdn Bhd to implement live pricing via short messaging service.
1st October 2009
Facebook Launching.
left_arrow.gif
right_arrow.gif
12th October 2009
Opening of 3rd branch in
Bandar Sunway.
kl-office.jpg
1st November 2009
Twitter Launching.
left_arrow.gif
right_arrow.gif
11th November 2009
Astro Media Interview with
Mr. Louis Ng.
videocamicon.png
23rd November 2009
Mr. Louis Ng accepted interview
from NanYang Siang Pau
(4 pages of full colour interview on Gold.)
2009112301.jpg2009112302.jpg2009112303.jpg2009112304.jpg
left_arrow.gif
right_arrow.gif
29th November 2009
AGM of Koperasi Dagang Emas
Pulau Pinang Berhad.
agm-of-koperasi-dagang-emas-1.jpgagm-of-koperasi-dagang-emas-2.jpg
Dec 2009
Public Gold International Bhd has increased the share capital of the
company to RM 10 million.
left_arrow.gif
right_arrow.gif
13th January 2010
RTM “Biz Malaysia” Live Show interview
with Mr. Louis Ng.
videocamicon.png
15th January 2010
Implementation of ERP system
By PelionTech Solutions Sdn Bhd.
left_arrow.gif
right_arrow.gif
16th January 2010
Seminar entitled “Seminar Krisis Kewangan Dan Peranan Emas” in Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor.
seminar_krisis_kewangan_dan_peranan_emas_1.jpgseminar_krisis_kewangan_dan_peranan_emas_2.jpgseminar_krisis_kewangan_dan_peranan_emas_3.jpgseminar_krisis_kewangan_dan_peranan_emas_4.jpgseminar_krisis_kewangan_dan_peranan_emas_5.jpgseminar_krisis_kewangan_dan_peranan_emas_6.jpgseminar_krisis_kewangan_dan_peranan_emas_7.jpgseminar_krisis_kewangan_dan_peranan_emas_8.jpgseminar_krisis_kewangan_dan_peranan_emas_9.jpgseminar_krisis_kewangan_dan_peranan_emas_10.jpgseminar_krisis_kewangan_dan_peranan_emas_11.jpg
23th February 2010
Opening of 4th branch in Kelantan.
kelantan_branch_1.jpgkelantan_branch_2.jpg
left_arrow.gif
right_arrow.gif
28th February 2010
  • Launching of Public Jewellery and Public Silver.
  • 1st year Public Gold Anniversary Celebration: Lucky Draw.
    launching_of_public_jewellery.jpglucky-draw.jpg
3rd March 2010
Opening of 5th branch in Ipoh, Perak.
office-in-ipoh.jpg
left_arrow.gif
right_arrow.gif
11th May 2010
Public Gold was successfully registered as our official Trade Mark.
public-gold-trademark.jpg
14th June 2010
Mr. Louis Ng accepted interview
from NanYang Siang Pau
(3  pages of full colour interview on Silver.)
2010061401.jpg2010061402.jpg2010061403.jpg
 left_arrow.gif
right_arrow.gif
24th June 2010
Opening of 6th branch in Sungai Petani, Kedah.
2010062401.jpg2010062402.jpg
5th July 2010
Silver Bullion Bar Listed in Malaysian Book of Records.
malaysia-book-of-records-silver.jpg
 left_arrow.gif
right_arrow.gif
29th July 2010
Mr. Louis Ng, Founder of Public Gold Group, being honoured with the ‘2010 Most Promising Entrepreneur Award’.
2010072901.jpg2010072902.jpg
6th September 2010
Diana Danielle Signing Ceremony.
diana_danielle.jpgdiana_danielle_sign_contract.jpgdiana_danielle_sign.jpg
 left_arrow.gif
right_arrow.gif
4th October 2010
Opening of 7th branch in Johor.

Sumber:

http://www.publicgold.com.my/content/view/408/103/lang,english/