Hakikat harta dan duit telah bertukar selama 2 abad yang lalu, ini berlaku seiring dengan situasi kejatuhan kerajaan Islam. Institusi zakat berfungsi sebelum ini sesuai dengan keadaan kebendaan yang membawa kepada kemakmuran sehinggalah abad ke 18 masihi.
Allah s.w.t menyebut dengan jelas di dalam Surah Ali Imran :14
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنْ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنْ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِالْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Di setiap masyarakat tradisional ukuran pada harta benda ialah pada tanaman, ternakan, emas dan perak dan semua ini dikenakan zakat. Sebab itulah semua kitab zakat menjurus kepada perincian pekara tersebut, masalah hasil tanaman yang berlainan dan zakat yang dikenakan bergantung kepada faktur – faktur tertentu jenis yang dikeluarkan,quantiti/jumlah,jenis tanah dan sebagainya, begitu juga dengan ternakan mengikut jenis, bilangan dan umurnya dan pada zakat emas dan perak timbangan setiapnya diberikan mengikut tempoh dan beratnya untuk dikenakan zakat samada dalam bentuk duit , jongkong atau pecahan serbuk begitu juga dengan zakat perniagaan mengikut syarat tertentu tetapi mesti dibayar dengan emas dan perak.
Masalahnya sekarang harta benda sekarang hanya sangat kecil relevennya dengan kehidupan 90 % umat Islam moden abad ke 20 sekarang ini. Mereka tidak ada tanah, ternakan atau emas dan perak. Ini kerana majoriti besar umat Islam hari ini tidak ada akses kepada hakikat harta benda dalam bentuknya yang asal. Bentuk harta yang ada sekarang tidak asli.
Dengan bermulanya institusi riba dari Eropah pada abad ke 16 dan kemajuan sistem Bank dan sistem kewangan dengan alat dan tekniknya kedua – dua bentuk kuasa politik dan harta peribadi dan juga wang/duit telah mengalami perubahan secara mennyeluruh. Harta yang sebenar ( warisan bumi ) telah jatuh kepada orang yang sangat sedikit bilangannya sementara ramai orang diberikan harta berbentuk baki di Bank, sijil saham, polisi insuran dan lain – lain instrumen kewangan yang bukan lagi benda yang nampak tapi hanyalah nombor – nombor elektronik yang bergerak dari satu komputer ke satu komputer yang lain. Sementara itu pula pada masa yang sama duit diganti dari emas dan perak kepada kertas yang bersandarkan kepada emas dan perak seterusnya kepada kertas yang nilainya bergantung sepenuhnya kepada ihsan spekelatur antarabangsa. Tidak syak lagi riba telah berleluasa memasuki setiap penjuru sistem kewangan dimana mereka menguasai dunia dengan alat dan institusi mereka seperti wang kertas, kad kredit, bond, pasaran saham dan pertukaran matawang asing( currency exchange ) boleh dikatogerikan sebagai haram. Buat tempoh masa yang lama dari abad ke 16 umat Islam bebas kerana di jaga dengan shariah tetapi peristiwa yang berlaku di Mesir dengan pertolongan golongan Modenis dan British , juga khilafah di Istanbul telah terperangkap dengan Bank dalam masa yang singkat sahaja kedaulatan umat Islam telah jatuh ketangan peminjam matawang dan berkekalan sehingga sekarang.
Tidak syak lagi sistem kewangan dunia hari ini telah membawa kepada keruntuhan umat Islam. Kuasa politik autonomi umat Islam telah dirampas dan cara perniagaan Islam telah berjaya dihapuskan. Pada hari sangat jelas sistem kewangan merupakan alat penjajahan utama dan disinilah musuh Islam memainkan peranan operasi mereka dan medan inilah umat Islam kena terjun dan berjihad untuk menegakkan addin Allah s.w.t. semula. Terutamanya masalah zakat, kita melihat betapa sukarnya untuk umat Islam menunaikan kewajipan rukun Islam ini.
Mereka telah menukar hakikat sebenar harta – benda matawang, daripada syiling emas dan perak kepada matawang kertas. Zakat harta benda hanya boleh dibayar dengan emas dan perak sahaja kerana emas dan perak sahaja yang dikenakan zakat dan bukan nilainya tanpa mengira bentuknya samada dinar syiling, galian atau harta karun. Ini diperkuatkan dengan wang kecil yang dipanggil sebagai fulus yang diperbuat dari bahan galian yang lain seperti tembaga.
Sekiranya seseorang memiliki fulus yang banyak sehingga sampai kepada nisab emas dan perak, mengikut setengah ulama dikenakan zakat tetapi dibayar dengan emas atau perak. Ini khusus sekiranya fulus ini merujuk sebagai resit kepada timbangan emas atau perak yang tertentu, manakala ulama yang lain meletakkan fulus sebagai syiling yang simbolik tanpa memiliki nilai tersendiri tidak dikenakan zakat tidak kira berapa banyak yang ada.
Wang kertas sepatutnya diletak dalam keadaan yang sama dengan fulus, seorang ulama tradisonal yang melihat wang kertas tanpa nilai ialah Syaikh “Illiysh , Syaihkul Al Azhar yang terakhir sebelum British menukar sistemnya pada pertengan abad ke 19.
Syaikh ‘Illisyh berkata didalam Fatwanya mengenai masalah zakat wang kertas :
Saya ditanya tentang kertas yang dicop dengan cop Sultan ( suatu bentuk wang kertas yang digunakan oleh Khalifah Osmaniah ) yang diedarkan seperti dinar dan dirham ? Adakah dikenakan zakat keatasnya, adakah diletakkannya sama seperti emas atau perak atau barang perniagaan ?
Saya menjawab seperti berikut :
Segala puji bagi AllahSelawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Tidak ada zakat yang dikenakan kerana zakat adalah khusus untuk ternakan,hasil tanaman tertentu, emas, perak,nilai lebihan stok dan harga barang simpanan dalam perniagaan. Kertas tersebut tidak termasuk dalam kategori yang disebut diatas.
Kita dapat melihat pada wang syiling tembaga yang ditempa dengan cop sultan yang ada dalam edaran tidak dikenakan zakat. Di dalam kitab Al Mudawwana disebutkan “ Barangsiapa memiliki wang kecil yang sampai kepada nilai 200 dirham tidak diwajibkan zakat kecuali ianya sebagai stok berlebihan maka nilainya adalah sebagai barang perniagaan. “
Daripada Fatwa Syaikh ‘Illisyh ini jelas zakat tidak dikenakan keatas wang kertas. Kita mesti ingat ketika Fatwa ini dikeluarkan shariah masih berjalan dan dinar emas dan dirham perak masih banyak dalam edaran.
Kalau kita melihat pada asal usul wang kertas ini asalnya merupan resit simpanan emas atau perak didalam Bank. Maknanya bila – bila masa resit ini boleh ditukar dengan emas atau perak di bank dan melihat tertera perkataan “ I promise to pay the bearer “ saya berjanji untuk membayar pemegang dengan nilai sekian seperti tertera pada resit tersebut. Disini kita dapat melihat sebenarnya Bank yang berhutang dengan pemegang resit, ini sudah cukup membuktikan bahawa resit – resit adalah haram disisi Islam kerana telah digunakan melampaui had – had yang sangat ketat.
Mengikut Syaikh Illisyh zakat hanya dapat diambil dari wang kertas sekiranya kita meletakkannya sebagai barang perniagaan seperti kertas, tetapi kertas tanpa nilai tidak dikenakan zakat. Kalaulah duit kertas diletakkan sebagai hutang, zakat boleh dikenakan dengan syarat kertas yang ada mewakili emas dan perak yang ada pada kamu tetapi disimpan oleh orang lain pada masa ini. Mereka yang berkuasa berhutang emas dan perak kepada kamu berdasarkan jumlah resit yang ada pada kamu.
Zakat dikenakan sekiranya jumlah kertas yang ada sampai kepada nisabnya selepas setahun didalam tangan tetapi zakat mesti dibayar dengan emas atau perak dan bukan kertas hutang/ resit sebab hutang tidak boleh digunakan untuk membayar zakat.
Di dalam keadaan ini, cara hendak membayar zakat ialah dengan menukar sebahagian dari wang kertas kepada dinar atau dirham mencukupi untuk membayar zakat yang telah cukup nisab keatas kertas yang mewakili hutang keseluruhan wang kertas yang ada.
Kesimpulan dari semua ini ialah sistem ekonomi kapitalis kafir berasaskan bank sekarang ini telah menghancurkan rukun Islam kita iaitu zakat . Ini disebabkan sistem ini telah meletakkan semua transaksi jual beli menjadi haram, kita umat Islam diperangkap sehingga tak nampak jalan keluar. Mereka telah menukar konsep harta sebenar seterusnya
http://www.dirham2dinar.com/index.php?option=com_content&view=article&id=80&Itemid=106
Tiada ulasan:
Catat Ulasan