BUATLAH PERTIMBANGAN DENGAN BETUL
Assalamualaikum.Meniaga Emas stail Public Gold ini belum nampak lagi pada saya melanggar Syariah Islam seperti skim2 yg lain.Apa2 yg kita nak buat yg pertamanya hendaklah kita tanya dulu Agama adakah melanggar batas syarak Islam atau tidak.Itu yg pertama patut kita buat bila ambil satu2 tindakan.Kemudian baru pikir dari segi keuntungan!
Apa pendapat rakan2?
Pendapat saya.Kita mesti dapatkan keuntungan di Dunia dan Akhirat..Itu yang terlebih baik dan elok untuk hidup di bawah langit kepunyaan Allah SWT ni serta berpijak diatas bumi kepunyaanNya juga..Jual Beli emas adalah halal disisi Agama Islam Melalui UtusanNya Yg Mulia Nabi Muhammad SAW.
Apa apa yang halal itu mententeramkan jiwa kerana jiwa itu sifatnya suci bersih pada awal ianya diciptakan dan penciptanya adalah Allah SWT.Apa2 yg haram itu walaupun seronok pada mulanya akan meresahkan jiwa kerana Pencipta jiwa itu sentiasa memerhatikan apa perbuatan badan mengandungi jiwa itu..
Apa2perbuatan yg haram itu melanggar sifat semulajadi dan azali jiwa itu yg bersih lagi suci maka jadilah jiwa itu dalam keresahan apabila kerja2 haram bertambah dan bertambah banyak di kerjakan.
Walau bagaimana untung dan rezeki yg Allah SWT tetapkan pada kita kita terima.Ada org meniaga emas rezeki banyak ada yang sedikit.KetentuanNya.Usaha adalah suruhan pada kita .Hasil usaha itu akhirnya adalah kehendak dan taqdirNya.
Mungkin ada yang berpendapat adalah boring dan jemu untuk memperkatakan sesuatu yang sama tiap2 hari.Tapi apa yg saya perkatakan itu halal.Sedangkan banyak lagi perkara yang sama tentang perbuatan dan hiburan di luar sana yang haram diperkatakan tiap2 hari tidaklah timbul pula rasa jemu atau fed up.
Maaf Kalau Kasar Bahasa Yang Saya Gunakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan