Jumaat, 15 Oktober 2010

Harga Emas Boleh Mencecah $5,000 per Ounce Menjelang 2012 kata McEwen melalui Bloomberg.

Bloomberg- McEwen Says Gold May Reach $5,000 an Ounce By 2012

 

Kata McEwen melalui Bloomberg,Harga Emas boleh mencecah $5,000 per Ounce menjelang tahun 2012.Walaupun pakar ekonomi tu org Barat bukan Islam tetapi ramalan nya mesti diambil kira juga dalam kita membuat keputusan berkenaan urusan harta benda kita.Dia bukan berbuat ramalan tanpa fakta yg kukuh.Harga Emas tidak pernah jatuh keparas contohnya keparas ianya bermula pada tahun2 80an apalagi tahun 60an.Ia tak akan jatuh keparas harga pada tahun2 tersebut lagi malah akan terus meningkat kerana banyak faktor:

 

1)Saya ada terfikir faktor manusia makin ramai maka pengguna Emas makin ramai sedangkan pengeluaran Emas di tempat2 ianya dilombong melalui kilang2nya tidak meningkat. 

 

2)Kejatuhan dan kelemahan nilai Dollar kerana faktor2 Sistem keewangan Barat contohnya sistem interest/Riba yang tidak lagi praktikal atau relevan lagi dalam dunia yang serba mencabar ini.

 

3)Pembelian emas secara dalam kuantiti dan kualiti besar-besaran oleh sesetengah negara contohnya India juga menyumbang kepada kenaikan komuditi Emas ini.Mereka berbuat demikian sebagai persediaan kerana meramalkan harga Dollar akan merudum dan tak bernilai tinggi lalu diikuti dengan kejatuhan Sistem Ekonomi Kapitalis Barat tidak lama lagi.

 

4)Sesetengah negara pula dikesan tidak mengeluarkan simpanan emasnya untuk pasaran tempatannya untuk didagangkan.Kita ambil contoh Gula jika barangan asasi ini disembunyikan agar harganya tinggi supaya dapat menjual pada harga tinggi.Maka harga gula pasti meningkat.

Ada lagi faktor selain dari di atas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan